Ucapan Pertama Calon P.44
Hak Milik www.pp44.com.my


Calon P.44

Ucapan Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Hak Milik www.pp44.com.my


Harapan Dato' Mukhriz
Hak Milik www.pp44.com.my


Sekitar Penamaan Calon
Hak Milik www.pp44.com.my


Calon Yang Bertanding
Hak Milik www.pp44.com.my


Saiful Bersumpah

SIAPA ANWAR? (siri 8)

Jom! Gempur Permatang Pauh. Kita tumbangkan PENGKHIANAT Agama, Bangsa dan Negara.



       PENJELASAN DATO' WAN ZAHIDI WAN TEH

PENJELASAN SAHIBUS SAMAHAH DATO WAN ZAHIDI WAN TEH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MENGENAI SUMPAH MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, PADA 15 OGOS 2008

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Ekoran daripada sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008 lalu, Pejabat ini menerima banyak pertanyaan daripada orang awam dan juga pihak media berikutan pandangan pelbagai pihak yang bercanggah antara satu dengan yang lain, lebih-lebih lagi apabila terdapat pihak yang mengaitkannya dengan agama Kristian. Bagi menghuraikan persoalan ini, Pejabat ini ingin membuat penjelasan berikut :-

2. Al –‘Allamah Abu Bakar ‘Othman Bin Muhammad Syatta al-Dimyati al-Bakri menyatakan dalam kitabnya “Hasyiah I’anah al-Talibin” bahawa sumpah atau“yamin” terbahagi kepada dua : Pertama dalam perbicaraan di Mahkamah, dan Kedua diluar perbicaraan. Dalam bahagian kedua ini, sumpah sah dilakukan oleh seorang yang mukalaf dengan pilihan sendiri. Perkara yang menjadi objek sumpah pula ialah perkara yang lalu atau yang akan datang, manakala perkara yang digunakan untuk bersumpah ialah nama Allah atau sifat-sifatnya dengan didahului oleh huruf “qasam” atau sumpah, iaitu “waw”, “ba’” dan “ta’”. Sumpah seperti ini harus dilakukan jika difikirkan perlu, seperti untuk menguatkan percakapan atau kenyataan.

3. Berasaskan keterangan di atas, sumpah Mohd Saiful adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau “alyamin qhairul qadhaiyah”. Dan ianya juga bukan sumpah “mubahalah” seperti yang terdapat dalam ayat 61 surah “Aal Imran” kerana “mubahalah” memerlukan persetujuan pihak kedua. Oleh yang demikian upacara “mubahalah” antara Rasulullah S.A.W. dengan rombongan Nasrani dari Najran tidak berlaku kerana mereka enggan melakukannya dan meminta pilihan lain.

4. Pemberatan sumpah atau “taghliz al-yamin” boleh dilakukan sama ada daripada segi tempat atau masa. Kitab yang disebutkan di atas menyatakan cara-cara pemberatan sumpah seperti berikut :-

     4.1 Selepas sembahyang asar hari Jumaat

     4.2 Dalam masjid di sisi mimbar

     4.3 Meriba Mushaf dan meletak tangan keatasnya

     4.4 Dibacakan kepadanya ayat 77 daripada Surah Aal Imran

       RAMLANG PORIGI TIDAK DIPAKSA MENJADI
       SAKSI SAIFUL

(KENYATAAN MENGENAI ISU PEGAWAI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, RAMLANG PORIGI, DAKWA DI PAKSA JADI SAKSI)

1. Ramlang Porigi, dalam blog Anwar Ibrahim, mendakwa dia di paksa menjadi saksi bagi mendengar pengakuan Saiful Bukhari bin Azlan bahawa Anwar Ibrahim sudah meliwatnya.

2. Isunya disini adalah Ramlang Porigi tidak layak menyatakan bahawa beliau kesal kerana dipaksa disebabkan tugasnya adalah hanya mendengar pengakuan yang dibuat oleh mana-mana orang awam yang datang ke masjid berkenaan untuk mengadu masalah mereka.

3. Ramlang Porigi hanya berkuasa mendengar pengakuan yang dibuat oleh Saiful Bukhari bin Azlan, sebagaimana dia mendengar masalah-masalah berkaitan kes-kes syarak dan syariat yang dinyatakan oleh mana-mana orang awam dan oleh itu tidak timbul isu siapa yang memaksa beliau.

4. Dalam kes sumpah mubahalah yang dibuat oleh seorang mangsa jenayah seperti Saiful Bukhari bin Azlan peranan Ramlang Porigi hanyalah sebagai pemudahcara yang dirujuk bagi memperbetulkan perkara-perkara teknikal berkaitan dengan lafaz sumpah dan peranan Ramlang Porigi bukanlah sebagai syarat wajib bagi menentukan kesahihan mubahalah itu.

5. Adalah amat malang untuk Ramlang Porigi melakukan pecah amanah yang diberikan oleh sebuah institusi agama kepadanya dengan menabur fitnah bahawa beliau dipaksa. Lebih malang lagi apabila beliau menceritakan bahawa beliau berada ditempat itu dalam keadaan terpaksa, beliau sebenarnya mengumpat apa yang berlaku antara beliau dan orang awam seperti Saiful yang mengadu masalahnya kepada seorang pegawai agama yang dipercayai yang boleh memegang amanah.

6. Oleh itu, Ramlang Porigi perlu membezakan tugasnya yang sebenar sebagai pegawai agama yang memegang amanah mendengar masalah penduduk Negara ini atau cuba bermain politik dengan berucap di atas pentas sebuah parti pembangkang yang sebenarnya memperkudakan beliau untuk mencapai matlamat mentadbir Malaysia dengan dibayangi oleh kuasa Zionis.

7. Ramlang Porigi juga seharusnya arif bahawa dalam urusan mendengar sumpah, sebenarnya saksi khusus tidak diperlukan dari segi syarak kerana mereka yang berada disekeliling individu yang membuat sumpah itu secara tidak langsung sudahpun menjadi saksi.

8. Dalam melakukan mubahalah saksi hanyalah prosedur dan bukannya syarat. Dari segi syarak, saksi khusus hanya wujud apabila diadakan majlis akad nikah.

9. JELASLAH BAHAWA RAMLANG PORIGI TELAH DIPERGUNAKAN OLEH PKR UNTUK MENYOKONG TUDUHAN PKR BAHAWA WUJUD KONSPIRASI DALAM KES SUMPAH SAIFUL.

       Lima Pita Rakaman Sulit Anwar Di Luar Negara,
       Rakyat Tuntut Penjelasan
Permatang Pauh -- Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memperjelaskan apa yang terkandung di dalam lima pita rakaman seperti yang didakwa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk S.Nallakarupan bagi mengelakkan sebarang spekulasi di kalangan rakyat.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata rakyat sudah pasti tertanya-tanya berhubung pita rakaman tersebut apatah lagi ia dikatakan berhubungkait dengan aktiviti Anwar selepas beliau bermain tennis.

Tegas beliau lagi Anwar sepatutnya mencabar Nallakarupan untuk mendedahkan pita rakaman tersebut atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya pita itu tidak wujud.

"Saya dan rakyat khususnya sudah pasti tertanya-tanya apa yang terkandung dalam pita rakaman tersebut sehingga terpaksa disimpan di luar negara", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas pendedahan rakan karib Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan yang memberitahu menyimpan lima pita rakaman Anwar di luar negara.

Ketika mendedahkan perkara itu, Nallakarupan berkata beliau tidak sedikit pun terkejut apabila timbul pelbagai tuduhan terhadap Anwar kerana beliau mengetahui siapa sebenarnya Anwar yang dikenali selama 30 tahun.

"Selepas main tenis saya tahu mana dia pergi, sebab itu saya tidak terkejut," kata beliau.

Justeru Shamsul berkata sudah pasti ada sesuatu yang “menarik” di dalam pita rakaman tersebut.

Beliau yang juga Presiden Majlis Belia Malaysia seterusnya berkata pihaknya juga bimbang sekiranya pita rakaman tersebut terlepas ke tangan pihak asing kerana ia membabitkan seseorang yang pernah menjawat jawatan penting negara.

"Kalau ia hanya rakaman biasa mungkin tidak mengapa tapi kita takut ia luar biasa dan sudah pasti yang akan memberikan kesan kepada rakyat dan negara.

"Namun kita cukup keliru apa yang sangat istimewa sehingga pita itu disimpan di luar negara. Kita haraplah Anwar dapat jelaskan", ujarnya.

Petikan :
http://www.pemudaumno.org.my
       Dr Ismail: Sumpah Saiful penuhi syarat
Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim hari ini berkata bersumpah dengan nama Allah sambil memegang al-Quran tidak wajar disamakan dengan sumpah orang Kristian.

Katanya, yang penting, apabila seseorang itu melafazkan sumpah mengikut cara Islam, ia adalah dilakukan atas akidah dan perbuatan memegang al-Quran atau sebaliknya, bukan menyentuh soal akidah.

Oleh yang demikian, Dr Ismail dipetik oleh Bernama sebagai berkata, sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan (foto), bekas pembantu khas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memenuhi syarat sumpah mengikut Islam antara seorang hamba Allah dengan penciptanya.

"Sumpah adalah antara dia dengan Allah, kalau dia melakukan dengan ikhlas, orang lain tidak harus mempertikaikannya," kata beliau ketika dihubungi bagi mengulas polemik ulama mengenai sumpah Mohd Saiful yang mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar.

Dr Ismail berkata Mohd Saiful sudah memenuhi syarat sumpah apabila melafazkan sumpahnya dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" dan tidak timbul sama sekali sama ada sah atau tidak sah.

Katanya, sama ada Mohd Saiful memegang al-Quran atau tidak bukan soal pokok dan tidak harus dipertikaikan.

"Jika kita makan menggunakan sudu dan garpu seperti orang Kristian, tidak pula menjadikan kita Kristian. Ia bergantung kepada niat kita," tambahnya.

Proses undang-undang

Katanya, Malaysia masih mengamalkan undang-undang sivil dan kes liwat membabitkan Mohd Saiful dan Anwar tetap berjalan mengikut proses undang-undang itu.

Dr Ismail berkata adalah perkara biasa ulama-ulama berbeza pendapat.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mempertahankan pendiriannya bahawa sumpah mubahalah tidak semestinya dilakukan di mahkamah sebaliknya boleh dilakukan di luar mahkamah.

Katanya, kepelbagaian pandangan ulama berkaitan sumpah laknat yang dilakukan Mohd Saiful menyebabkan orang ramai keliru, lantas ada orang menyelewengkan isu itu.

Mufti itu berkata banyak pihak yang memberi pandangan mengenai perkara itu dan pandangan yang dikeluarkan tentulah berbeza-beza.

Ada yang berpendapat bahawa sumpah perlu dilakukan di Mahkamah Syariah dan memerlukan kehadiran empat saksi.

Kes liwat membabitkan Anwar menjadi isu hangat di Permatang Pauh dan pihak tertentu menyebarkan risalah mengandungi pandangan ulama-ulama mengenai tindakan Mohd Saiful melafazkan sumpah mubahalah.

Hukum qazaf

Risalah terbabit turut memuatkan pandangan Presiden Universiti Cordoba Prof Dr Taha Al Jabir Al-Alwani yang menyokong kes itu dirujuk mengikut hukum qazaf. Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Mohamad Radzi Othman berkata tidak harus timbul pertikaian tentang sama ada sumpah mubahalah dilakukan di dalam masjid atau di luar.

"Mubahalah bermaksud niat untuk membenarkan ucapan dan alam kes (Mohd) Saiful, dia mendakwa diliwat dan oleh demikian dia bermubahalah sebagai cara membenarkan ungkapannya dan dia mahu orang menerima ungkapan itu," katanya.

"Dalam Islam ia boleh dilakukan di mana-mana, tidak disyaratkan tempatnya di masjid tetapi jika dibuat dalam masjid pun perbuatan itu tidak salah," katanya.

Tentang Mohd Saiful memegang al-Quran semasa bersumpah, Prof Mohamad Radzi berkata ia tidak salah kerana tindakan sedemikian bukan satu syarat untuk bermubahalah.

"(Mohd) Saiful memegangnya mungkin dalam keadaan terdesak dan untuk mendapat kekuatan untuk melakukan mubahalah itu. Ia tidak salah dan tidak harus dipertikaikan. Dia hendak supaya orang terima apa yang dia sumpahkan, itu sahaja," katanya.

Mengenai pandangan kes liwat harus diadili mengikut hukum zina, Prof Mohamad Radzi berkata bagi tuduhan zina, apabila seseorang menuduh orang lain melakukan zina, pembuktian memerlukan empat saksi sebab kes itu berat.

Ulama tak sependapat

"Tetapi kes liwat ini, ulama-ulama tidak sependapat sama ada ia boleh disamakan seperti zina atau tidak. Ada yang kata kes liwat tidak sama seperti zina, maka syarat meletakkan empat saksi itu tidak perlu," katanya.

Beliau berkata dalam hal kes liwat sudah menjadi macam kes biasa yang hanya perlu dua orang saksi dan tuduhannya juga tidak sama seperti zina di mana jika tuduhan itu tidak boleh dibuktikan, tertuduh tidak boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu bagi zina, hukumannya ialah 80 kali sebatan rotan.

Menyentuh pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din bahawa kes liwat Mohd Saiful merupakan kes li'an, beliau berkata hukum li'an hanya terpakai bagi kes suami isteri dan dalam kes liwat Mohd Saiful, ia tidak terpakai sama sekali.

Beliau menyarankan supaya ulama tampil memberi penjelasan pada orang ramai mengenai hukum-hukum ini.

"Saya lihat ramai yang keliru dengan pelbagai kenyataan yang dibuat oleh orang yang dianggap mahir dan mengetahui tentang agama. Saya harap mereka menjelaskan sejauh mana yang boleh dan jangan pula menyebabkan kekeliruan di kalangan masyarakat," katanya.

"Namun kita cukup keliru apa yang sangat istimewa sehingga pita itu disimpan di luar negara. Kita haraplah Anwar dapat jelaskan", ujarnya.

Petikan :
http://www.malaysiakini.com/bm/
       UMNO Simpati-PAS Diperkelehkan Oleh DAP
Permatang Pauh 24 Ogos - Isu muqabalah PAS-Umno yang mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, muncul kembali dalam Kongres DAP ke-15 di ibu negara yang bermula hari ini.

Wakil DAP parlimen Titiwangsa menegaskan bahawa PAS menang dengan bantuan pengundi bukan Melayu.

"Kalau PAS meneruskan pendekatan itu, dalam pilihanraya umum akan datang, orang Cina dan India tidak akan menyokong parti itu.

"Fikir dulu sebelum ambil tindakan," katanya mengingatkan PAS yang sering berselisih pendapat dengan DAP dalam isu-isu melibatkan kepentingan Melayu dan agama Islam.

Perwakilan dari Taman Paramount, Petaling Jaya, pula menegaskan bahawa DAP menolak usaha menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Perkara itu turut disokong Perwakilan Teratai, Ampang.

Kelantangan suara-suara daripada wakil DAP yang mempertikaikan rakan parti mereka iaitu PAS memang telah dijangkakan. Tetapi yang menimbulkan persoalannya ialah kepimpinan PAS seakan-akan tidak mahu memahami ideologi DAP yang jelas bertentangan dengan ideologi PAS.

Dan yang menjadi mangsa sekarang ialah ahli-ahli biasa PAS yang selama ini mendokong penuh serta mempercayai arah tuju parti PAS selama ini. Rupa-rupanya, PAS telah terperangkap di dalam memilih rakan di dalam politik mereka.

Dalam konteks ini, UMNO turut bersama-sama bersimpati dengan parti PAS kerana dipandang enteng oleh parti DAP kerana isu ini telah menjangkau lebih jauh lagi iaitu soal memperlekehkan martabat bangsa Melayu dan Islam.

Yang jelasnya ialah DAP bukanlah pilihan yang terbaik dan PAS tidak sepatutnya bersekongkol dengan DAP yang akan bermati-matian mempertahankan ideologi ‘Malaysian Malaysia’ mereka.

Isu ini bertambah berat apabila Anwar Ibrahim bertindak seperti talam dua muka, menjanjikan perkara-perkara yang berlainan untuk PAS dan DAP.

Ianya jauh berbeza dengan parti Barisan Nasional yang telah lama menggariskan dasar-dasar kesaksamaan dan kesamarataan di antara kaum-kaum. Realitinya, tiada satu kaum pun yang tertindas disepanjang pemerintahan BN di negara ini.

Mungkin berlaku beberapa kecacatan di dalam mekanisme gerak kerja dasar-dasar tersebut tetapi ia tidak sepatutnya menafikan kemampuan yang telah ditunjukkan oleh Barisan Nasional selama ini.

Kami berharap agar pengundi–pengundi terutamanya ahli-ahli PAS di dalam parlimen Permatang Pauh dapat membaca taktik kotor Anwar Ibrahim ini. 26hb Ogos semakin hampir dan kita tidak mempunyai masa lagi.

Anwar Ibrahim tidak boleh menang di dalam pilihanraya Permatang Pauh ini.

Jika tidak, agama Islam akan terus diperlekeh-lekehkan dan bangsa Melayu akan terus merempat di tanah air sendiri!
       ANWAR PECAH BELAHKAN PAS (Bahagian 1)
Banyak cakap-cakap mengatakan Pas sudah terpecah kepada dua puak. Pertama golongan tali barut Anwar dan kedua golongan anti Anwar.

Sekarang, Anwar dapat memecah belahkan Pas dengan merosakkan Pas dari dalam dan ushanya untuk melibralkan ajaran Islam Pas sudah berjaya dengan mempergunakan baruanya, Kamarudin J. Anwar sudah berjaya! Sebagai contoh, renung kembali perhimpunan menentang forum memeluk Islam anjuran bar council.

Anwar juga ada mengarahkan 'tali barut'nya, Khalid Samad dan Zulkifli Ahmad menentang Hassan Ali (anti-Anwar) di Selangor.

Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS Shah Alam menyatakan penganut Krisitan tidak perlu takut untuk menggunakan perkataan Allah yang sama erti dengan perkataan "god".Khalid Samad juga berkata perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.Irene Fernandez (bekas wanita PKR) juga ada mempertikaikan mengapa mereka tidak dibenarkan menggunakan nama Allah dalam Akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Kenapa Khalid Samad (YB Pas) menyokong dan membenarkan perkataan "Allah" digunapakai dalam dakwah Kristian??

Melalui Pantai Baru Holdings, Anwar salur duit kepada barua-baruanya untuk memecahbelahkan Pas dari dalam. Dulu masa Anwar tentang Ghafar Baba, dia gunakan duit untuk lawan Ghafar. Sekarang, dia gunakan taktik yang sama dekat Pas pula.

Semua kerja-kerja jahat yang memecahbelahkan Pas dilakukan oleh Kamarudin J. Dia salurkan duit kepada Kamarudin J untuk menjalankan kerja untuk merosakkan parti Pas.Azmin Ali ada men-sponser seorang YB Pas yang Pro-Anwar, iaitu Dato S untuk merosakkan Pas dari dalam sikit demi sedikit. Jahat sungguh taktik kotor Anwar, dahla dah berjaya memecahbelahkan UMNO, sekarang Anwar nak percahkan Pas pula.

Kepada ahli Pas yang Pro-Anwar, Kaji balik persaudaraan Pas dengan Anwar,renung kembali kisah silam antara Anwar dengan Pas selama ni. Dulu, semasa Awar masih dalam UMNO, Anwar berhempas pulas untuk lemaskan Pas, dan sekarang bila Anwar dah mula lemas sebab tiada sokongan, Pas tolong tarik dan selamatkan dia.

Pas umpama melepaskan anjing yang tersepit. Akhirnya, Anwar yang dibantu oleh Pas dahululah yang merosak dan memecahkan Pas sekarang ni.

Anwar dah dapat merosakkan UMNO pada tahun 1997 dulu, dan berjaya menubuhkan partinya sendiri yang banyak menarik penyokong UMNO.Sekarang, Anwar mahu pecahbelahkan Pas dan mahu menarik penyokong Pas masuk PKR??

Orang-orang Pas disini, renung kembali. Perjalanan kita untuk menegakkan ISLAM melalui AL-QURAN dan HADIS belum selesai. Anwar adalah pejuang LIBERAL ISLAM. Nak ke negara kita jadi macam Afghanistan yang dulu dibawah pemerintahan Taliban, ditukar kepada liberal Islam dibawah pimpinan Karzai yang ditaja khas oleh Amerika??

Fikir-fikirkan!
       ANWAR IBRAHIM AKAN BERSUMPAH?????

PERMATANG PAUH 23 OGOS - Hari demi hari, Anwar Ibrahim makin terdesak untuk mencapai impian MAT JENINnya. Walaupun tampak hebat di Permatang Pauh, kepercayaan warga Permatang Pauh sudah luntur dan terhakis.

Adakah Anwar sanggup mengadaikan pedoman dan prinsip hidupnya dengan mengangkat sumpah laknat menafikan perbuatan liwatnya ke atas Saiful sebagai senjata terakhir untuk menawan kembali sokongan pengundi?.

Adakah beliau akan melakukan sumpah tersebut di Permatang Pauh?

Tunggulah dan nantikan saat-saat bersejarah tersebut. Jika benar, sumpah tersebut mesti selesai sebelum pagi Selasa. Tetapi jika diteruskan juga, niat Anwar Ibrahim itu jelas bermotifkan POLITIK dan memperkecil-kecilkan agama Islam.

Persoalannya, siapakah Imam yang akan mengetuai Majlis tersebut?

Gus Dur atau Imam-imam dari Pas atau PKR?

Fikir-fikirkan lah ...
       BARISAN NASIONAL 60-40
PERMATANG PAUH 23 OGOS - Desas desus yang begitu kencang di parlimen Permatang Pauh sejak sehari ini ialah Anwar Ibrahim akan bersumpah. Sama ada benar atau tidak, hari mengundi semakin hampir iaitu pada 26hb Ogos ini. Hanya tinggal 3 hari lagi dan mengikut kajian yang dilakukan, sudah banyak undi yang beralih kepada Barisan Nasional.

Semuanya kerana karakter Anwar Ibrahim yang semakin tidak disenangi oleh rakan-rakan di parti PKR terutamanya PAS. Dan jentera pilihanraya BN terutamanya UMNO sudah mulai teratur dan bergerak lebih lancar dan terbuka.

Mesyuarat bersama Tan Sri Muhamad Taib petang tadi telah menyaksikan beberapa isu yang sangat penting diselesaikan. Dan kami perhatikan ialah kali ini semua ketua cawangan di Permatang Pauh berpuas hati dan bertambah semangat untuk bekerja.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa jentera pilihanraya PKR begitu mantap dan advance. dalam masa yang sama, kami juga dapat tahu bahawa Anwar Ibrahim akan membawa sekumpulan penyokongnya ke setiap ceramah beliau bertujuan untuk men'gah'kan jumlah orang yang hadir di setiap ceramah beliau.

Jika maklumat ini benar, Anwar Ibrahim bukanlah sehebat mana pun. Beliau berstrategikan politik 'persepsi' atau 'andaian' yang kononnya, beliau sangat kuat di Permatang Pauh. Malah tarih keramat beliau iaitu 16 September 2008, juga merupakan politik persepsi untuk mengaburi rakyat Malaysia.

Maklumat terbaru yang kami terima ialah 60 - 40.

*SEBAGAI PERINGATAN, KAMI MENGHARAPKAN AGAR PENDUDUK PERMATANG PAUH YANG TINGGAL ATAU BEKERJA DILUAR PERMATANG PAUH SUPAYA BERAMAI-RAMAI PULANG KE PERMATANG PAUH UNTUK MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING.

       ANWAR IBRAHIM KURANG AJAR

Nampaknya, Anwar Ibrahim sudah mulai rasa tertekan dan panik. Dan biasanya, apabila seseorang itu tertekan, orang itu akan mula menunjukkan sikap sebenarnya dan terlepas perhitungan diri.

Inilah Anwar Ibrahim, calon PKR yang akan tumbang bersama-sama dongengan 16 Septembernya.

Istilah bangang, bahlol, bodoh, celaka dan sial telah digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempennya pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar, yang terkenal dengan kepetahan berhujah dan berpidato terutama di zaman mudanya semasa memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), sebelum ini diketahui tidak pernah menggunakan perkataan kesat dan kasar seperti itu di khalayak ramai.

Kini beliau telah berubah dengan menggunakan perkataan seperti itu untuk menghidupkan ceramahnya.

Pada satu ceramah di Seberang Jaya baru-baru ini, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau telah berkata. “Orang Permatang Pauh ni lain sikit. Depa bukan boleh cakap lembut-lembut, nanti depa tak faham. “Nak bagi faham, kena cakap macam ini. Baru boleh faham,” katanya.

Baru boleh faham? Bangang, bahlol, bodoh dan celaka, baru penduduk Permatang Pauh baru faham?

Persoalannya, apakah orang penduduk Permatang Pauh begitu rendah dipandang Anwar Ibrahim sehinggakan perlu berkata-kata kesat?

Kami mengganggap bahawa Anwar Ibrahim sudah melampaui batas dan kurang ajar. Penduduk Permatang Pauh mempunyai maruah yang sangat tinggi dan tidak mahu orang yang biadap seperti Anwar Ibrahim!

       ANWAR IBRAHIM MERBAHAYA

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor berkata, adalah amat bahaya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dan menjadi perdana menteri.

Ezam yang kembali ke pangkuan Umno baru-baru ini berkata, penasihat PKR itu, yang menjadi calon PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, sedang memainkan sentimen perkauman untuk kepentingan peribadi.

"Anwar telah memusnahkan asas bangsa yang dibina oleh negarawan-negarawan, semata-mata untuk agendanya menjadi perdana menteri.

"Oleh kerana itu, saya mengajak pengundi di Permatang Pauh menolaknya," katanya ketika berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah di Semilang Bandar di Seberang Jaya di Permatang Pauh hari ini.

Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, sejak hari penamaan calon pada 16 Ogos lalu, beliau setiap hari berkempen membantu Arif Shah.

Katanya, adalah menjadi kewajibannya menerangkan kepada pengundi mengenai politik Anwar.

"Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi agenda peribadinya dan kerana itu orang tidak boleh percaya kepada kenyatan-kenyataannya.

"PKR ditubuhkan dengan Melayu menjadi asasnya tetapi apabila Anwar bebas, prinsip itu sudah hilang kerana Anwar mahu undi kaum Cina dan India," katanya.

Ezam berkata, Anwar juga pernah meminta beliau mengecam Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menarik sokongan pemngundi kaum bukan Melayu.

Katanya, untuk itu beliau terpaksa `menyerang' Anwar bagai memastikan penasihat PKR itu tidak menang di kerusi Permatang Pauh.

- Malaysiakini
       BEKAS TOKEY BUNDLE DAN POSMEN DITAHAN

Dalam keghairahan masyarakat luar menuding jari pada BARISAN NASIONAL sebagai sebuah parti yang corrupt dan bermain politik dengan wang ringgit, mari kita terfikir sejenak, mengapa parti-parti lain tidak pula ada masalah-masalah sebegini...adakah mereka terlalu suci? Mengapa hanya ahli UMNO dikaitkan dengan politik wang, mengapa MCA turut menjadi mangsa, mengapa MIC, dan mengapa parti2 komponen lain di dalam Barisan Nasional?

Mungkin kerana:

1) Ada yang melaporkan demi kebaikan masa depan parti (alhamdulillah)
2) Ada yang menabur fitnah untuk kepentingan diri sendiri (nauzubillah)
3) Ada yang membenci golongan berkepentingan membawa kroni-kroni mereka masuk
4) Ada yang sudah tidak sehaluan dengan pemimpin atasan (selalunya la...)
5) Ada yang mahu menyelamatkan negara dari pemimpin2 yang corrupt

Dan mungkin banyak lagi kemungkinan yang boleh berlaku. Persoalannya di sini, laporan mengenai salah laku di dalam Parti2 pembangkang langsung tidak kedengaran. Wah, nampak macam bersih dan tidak ada dosa langsung. Adakah kerana kepentingan dan kehendak ahli parti berjaya dipenuhi ke semuanya untuk menutup mulut mereka dari membuat laporan? Wallahualam...bagaimanapun kita harus bersangka baik...insyaallah selamat.

Sebentar tadi, Des baru mendapat panggilan telefon dari seorang rakan yang sentiasa mempunyai berita-berita terkini. Al Maklumlah, journalist akhbar! Panggilan tersebut telah menyebabkan persepsi bersih terhadap kerajaan Pakatan Rakyat kini sedikit tercalar. Nampak gayanya, Barisan Nasional tidak lagi sepi bersendirian menerima kunjungan BPR. Berikut sedikit perbualan Des bersama rakan di dalam telefon,

"Des, aku nak hang tulih ni," katanya.

"Tulih apa?" tanya Des.

"Nie, aku baru dapat story, 5 orang kena tahan BPR," sambungnya lagi.

"Ala biasa la tuh, memang semua orang sibuk dengan rasuah la ni," kata Des lagi.

"Yang ni tak biasa la bro, dua dari lima orang yang kena beri keterangan kat Mahkamah nanti adalah EXCO Kerajaan Negeri Perak, sorang bekas tokey bundle, sorang lagi bekas posmen! seorang tu Bekas ADUN Belanja, dua lagi business man" jelas rakan Des panjang lebor.

Gitula lebih kurang perbualan Des dengan rakan. Hmmm...sapa ya bekas tokey bundle dengan posmen tu ye...Kalau tak silap YB Jamaluddin bin Mohd Radzi (PKR : Behrang) yang juga merupakan EXCO Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan. Pastu tokey bundle, YB KAPTAN (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu (PKR : Changkat Jering) yang juga merupakan EXCO Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Projek tersebut adalah projek perumahan yang dianggarkan bernilai hampir RM 180 JUTA...dengar-dengar citer, mintak komisyen tinggi, tu pasal la kena cekup...huyoo...180 juta, kalau mintak 1% pun dah berapa tu...

So sekarang ni, Pakatan Rakyat tak payahla nak mendabik dada sangat mengatakan Ahli-ahli Parti mereka itu suci lagi murni. Kome bukannya minyak masak pun! Tepuk dada, tanya iman...

Wallahualam...

Petikan :
http://www.pilihan-anda.blogspot.com
       ANWAR IBRAHIM GAGAL

 


Kuala Mengkuang 21 Ogos - Semalam, ceramah Barisan Nasional telah diganggu oleh jeritan-jeritan sumbang daripada ahli-ahli PKR yang berkumpul tidak jauh daripada tempat ceramah tersebut.

Tindakan mereka telah dirakamkan di dalam video ini. Kita akan dengar suara-suara tersebut sehinggakan mengganggu perjalanan ceramah tersebut.

Sungguh memalukan sekali apabila ahli-ahli PKR terus menggunakan taktik-taktik kotor seperti itu di sepanjang pilihanraya Permatang Pauh ini.

Malah, terdapat insiden-insiden yang berlaku apabila pekerja-pekerja BN khususnya Puteri telah diganggu dan ditakut-takutkan oleh pihak PKR.

Persoalannya, apakah Anwar Ibrahim akan menegur ahli-ahli supaya tidak berlaku kasar dan ganas?

Dan jika di dalam masa yang hanya tinggal 6 hari ini, Anwar Ibrahim tidak dapat mengawal ahli-ahlinya dengan berkesan, lebih baik beliau tarik diri sahaja daripada pilihanraya ini.

Jka segelintir manusia ini pun tidak dapat dikawal oleh Anwar Ibrahim, apa gunanya mempunyai pemimpin seperti beliau.

Sungguh memalukan.

- Media Web pp44.
       EKSKLUSIF : Petikan Ceramah Ezam & Dato' Nalla


Permatang Pauh 19 Ogos - Kami telah pergi ke Cawangan Simpang Tiga/Kubang Ulu untuk mengikuti Ceramah Saudara Ezam & Dato' Nalla. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Saudara Ezam merupakan orang kanan DSAI manakala Dato' Nalla pula merupakan bekas kawan karib DSAI selama 30 tahun. Oleh kerana mereka berdua sangat rapat dengan DSAI, kami yakin bahawa segala pendedahan mereka adalah benar. Kami juga berharap agar pembaca sekalian dapat menghebahkan infomasi ini pada rakan-rakan lain.

– Media Web pp44

       PUTERI YANG PRIHATIN

Permatang Pauh 19 Ogos – Hari ini, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah mengadakan satu program lawatan ke Kampung Utama, Seberang Jaya. Program tersebut merupakan program memberikan khidmat kesihatan dari rumah ke rumah.

Program ini telah diketuai oleh YB Nolee bt Ashilin dengan kerjasama pasukan Klinik Kesihatan Bergerak, Pemuda & Bahagian UMNO Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Beberapa rumah telah dilawati dan tuan rumah tersebut telah diperiksa kesihatan mereka seperti tekanan darah dan sebagainya. Kanak-kanak pula telah diberikan vitamin C.

Sambutan yang diterima amat memuaskan dengan penerimaan secara terbuka oleh tuan-tuan rumah. Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, rumah-rumah itu dipilih secara rambang dan tidak mengira pegangan politik mereka.

Menurut, YB Nolee bt Ashilin, program ini akan diadakan di tempat-tempat yang lain di parlimen Permatang Pauh di sepanjang pilihanraya ini. YB Nolee merupakan pengerusi pilihanraya Puteri UMNO Malaysia, merangkap ADUN Tualang Sekah, Perak.

Menurut Dr Novandri Hasan Basri, pengerusi Kesihatan Bergerak pula, program melawat kampung Utama ini akan diteruskan dari masa ke masa walau pun sesudah pilihanraya kelak.

Kilinik Kesihatan Bergerak Pemuda & Bahagian Bukit Gelugor merupakan satu satu program yang dijalankan sejak tahun 2001 dan giat memberikan servis kesihatan percuma kepada penduduk kampung.

– Media web pp44.
       Harakah Daily Pembohong

 
(Bukti Ahli Puteri UMNO masih berbaju pink dan berjaket hitam)

Permatang Pauh 18 Ogos – Harakah Daily telah membuat pembohongan! Jika kita layari web tersebut, mereka telah menulis :-

Puteri Umno tukar imej untuk rayu undi
(Mohd Sabri Said)
Mon | Aug 18, 08 | 9:33:17 am MYT

PERMATANG PAUH, 18 Ogos (Hrkh) Puteri Umno yang ditugaskan ke kampung-kampung sekitar Parlimen Permatang Pauh untuk menarik undi akhirnya terpaksa bertukar imej daripada berbaju pink, bertopi dan berjaket hitam kepada berpakaian biasa berbaju kurung dan bertudung.....


Adalah sungguh memalukan apabila web sebuah parti yang kononnya berteraskan kepada syiar Islam, sanggup berbohong untuk mengaburi para pembaca mereka.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ahli-ahli Puteri UMNO tetap memakai pakaian rasmi mereka apabila pergi ke kampung.

Sebelum ini juga, Harakah-daily juga telah banyak berbohong hanya semata-mata untuk mendapat sokongan para pembaca yang melayari web tersebut.

Mulai daripada hari ini, Webpp44.com.my akan terus membongkar pembohongan-pembohongan yang ditulis oleh Harakah-Daily.

Semoga kita mendapat kebenaran dan menolak kemungkaran

- Media web pp44.
       Bantuan kempen Gus Dur lebih merosakkan Anwar
1. Gus Dur atau nama sebenarnya Abdul Rahman Wahid didatangkan khas dari Indonesia untuk bantu kempen bagi pihak Anwar. Walau apa pun motif diterbangkan Gus Dus dari Indonesia ke Malaysia, dalam musim pilihanraya Permatang Pauh ini, ia tetap dilabel sebagai 'pertolongan kempen dari luar'

2. Rakyat Malaysia akan bertanya kenapa perlu diterbangkan 'ulama' luar kalau semata-mata untuk membersihkan 'isu liwat Anwar', seolah-olah memperlekehkan ulama-ulama dalam negara dalam menangani isu berkenaan.

3. Kecuali Mufti Perlis, yang bersetuju soal sah lafaz sumpah Saiful, ulama dalam negara lain lebih suka mengambil sikap berdiam diri. Tidak dipastikan apakah maksud berdiam diri ulama-ulama Malaysia itu.

4. Turut mengulas juga ustaz Haji, Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Haron Din, tetapi mereka tidak mempertikaikan tentang keshahihan lafaz sumpah, sebaliknya pertikaikan soal aspek teknikal sahaja. Namun begitu, kenyataan mereka ditafsirkan turut ditafsirkan sebagai berpolitik kerana mereka adalah pemegang jawatan utama dalam politik PAS.

5. Bermakna kebergantungan Anwar untuk membersihkan diri daripada isu liwat semata-mata bersandar kepada 'ulama' politik luar, Gus Dur tidak mampu mengubah apa-apa tanggapan rakyat Malaysia terhadap Anwar.

6. Ada yang berpendapat, kenapa susah-susah Anwar jemput Gus Dur datang ke Malaysia, Gus Dur tak 'nampak' apa yang berlaku di Malaysia, lebih baik Anwar sendiri pilih mana-mana masjid atau mana ceramah di Permatang Pauh, lafaz "Wallahi...Wabillahi...Wata'alahi" bahawa beliau tidak pernah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada tarikh yang dinyatakan dan bersedia menerima balasan Allah sekiranya beliau berdusta.

7. Sepuluh tahun lampau, ketika Anwar dituduh meliwat 1998, berapa ramai rakyat Malaysia berdoa, solat hajat dan termasuk berdoa di Kaabah agar tunjukkan kebenaran ke atas kes Anwar, hasilnya Anwar tetap tidak boleh menjadi PM, sebaliknya terpaksa merengkok enam tahun di penjara. Tun Mahathir, orang yang dituduh 'konspirator' oleh Anwar kekal sebagai PM, hingga beliau secara sukarela meletakkan jawatan.

8. Apatah lagi kalau semata-mata Anwar mengharapkan pertolongan Gus Dur itu, bekas Presiden Indonesia itupun pernah dituduh mempunyai rekod tidak bersih.

9. Bayangkan apa perasaan rakyat Indonesia, jika Pak Lah, Najib dan Tun M dijemput hadir ke negara itu untuk berkempen PEMILU mana-mana tokoh politik. Jika rakyat Indonesia tidak boleh menerima campurtangan pihak luar, begitulah juga dengan perasaan rakyat Malaysia.

10. Selain Gus Dur ditolak oleh rakyatnya sebagai Presiden Indonesia neliau juga pernah didedahkan mempunyai skandal dengan Aryanti Boru Sitepu, dalam kamar 107, Hotel Harco, Jalan Raden Salleh, Jakarta pada tahun 1996.

11. Foto Gus Dur yang memakai seluar pendek dan Aryanti duduk di atas ribanya dengan memakai pakaian yang agak seksi, telah tersebar luas ke seluruh Indonesia hingga merosakkan imejnya.

12. Itu cerita Gus Dur pada tahun 2000, bagaimana pula cerita Gus Dur pada masa ini, adakah beliau sudah diterima kembali oleh rakyat Indonesia?. Gur Dur turut dijemput dalam Perhimpunan Agung PKR, tahun lepas Gus Dur bertemu empat mata di kediaman peribadi Anwar, Bukit Segambut. Sesiapa yang pernah dipelawa Anwar masuk ke kediaman barunya itu akan terpesona dengan hiasan dalaman yang sangat antik dan mahal.

13. Gus Dur masih ditolak oleh rakyat Indonesia, tetapi Anwar dan PKR menyambutnya sebagai 'Presiden' di Malaysia. Sekurang-kurang sudah hampir 3 kali Gus Dur dijemput untuk dijadikan ikon PKR, bermula dari Perhimpunan Agung PKR tahun lalu, hingga baru-baru ini, Gus Dur ditolak berkerusi roda untuk mengukuhkan imej Anwar.

Paul Wolfowitz, Anwar dan Gus Dur bertemu di Munich, 2004.

14. Bahkan ketika Anwar dirawat di Munich, pada 2004, Paul Wolfowitz, seorang Yahudi neo-konservatif yang ketika itu berjawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika telah mengadakan pertemuan khas antara Anwar dan Gus Dur, di negara Jerman itu.

15. Menurut John Esposito, seorang orientalis Amerika dan juga guru Anwar, telah menamakan Anwar dan Gus Dur sebagai "Islam Moderate" dalam bukunya "Makers of Contemporary Islam" pada tahun 1996. Tidak ada nama lain di ASEAN kecuali mereka berdua sahaja diiktiraf oleh Pengarah Center for Muslim and Christian Understanding, Universiti Georgetown itu.

16. Bahkan stand Gus Dur yang pro-Amerika dicurigai oleh rakyat Indonesia sendiri. Kalau di Malaysia, Anwar menggunakan think tanknya, IKD sebagai pusat perhubungan Anwar-Amerika, di Indonesia pula, Gus Dur menggunakan think-tanknya, "The Wahid Institute", untuk mencapai objektif yang sama.

17. Kalau begini senerionya, patutpun Gus Dur sanggup datang ke Malaysia untuk membersihkan imej Anwar, kerana kedua-duanya berketuakan, seorang Yahudi yang memegang konsep 'regime Change' iaitu Paul Wolfowitz.

18. Kalau Al Gore, hanya berani datang ke Singapura untuk menemui Anwar, Paul Wolfowitz pula mengambil langkah yang lebih bijak iaitu sebagai pemerhati dari tingkap think tank Zionis di Amerika iaitu The American Enterprise Institute (AEI).

       Anwar Ibrahim Tidak Layak Bertanding

Permatang Pauh 18 Ogos - Kami telah berkesempatan berjumpa dengan Ustaz Datuk Mohd Ghazali Hj Ahmad, seorang penceramah bebas yang dikenali ramai. Menurut Ustaz Datuk Mohd Ghazali Hj Ahmad, Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menawarkan diri untuk bertanding di dalam tempoh tuduhan dan pembicaraan kes liwat beliau.

Bukan sahaja tindakan beliau itu mencurigakan tetapi bakal menyusahkan penduduk-penduduk Permatang Pauh kerana jika Anwar Ibrahim menang dan kemudiannya di dapati bersalah, mereka terpaksa melalui proses pilihanraya sekali lagi. Proses ini akan membazirkan duit rakyat.

Beliau akan menyiapkan satu artikel lengkap mengenai isu ini. Kami akan menyiarkan artikel tersebut tidak lama lagi.

Mengenai sumpah Saiful yang mendatangkan pelbagai pandangan daripada ulama-ulama dan ahli-ahli politik, Mohd Ghazali mengatakan bahawa yang penting sekali di dalam muhabalah ialah lafaz dan bukan cara teknikalnya.

Dan tujuan Saiful bersumpah itu dilihat untuk menghilangkan keraguan dan menyakinkan orang ramai. Menurut beliau lagi, muhabalah adalah satu perkara yang amat ngeri ke atas orang tersebut. Jika orang itu menipu, beliau itu bakal menerima balasan yang amat dahsyat sama ada segera, zahirnya atau pun keturunannya.

– Media Web pp44
       Pemuda BN Beri Tumpuan Bantu Mangsa Banjir
Permatang Pauh -- Walaupun sibuk berkempen, Pemuda UMNO Permatang Pauh termasuk jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) yang lain diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ekoran hujan lebat yang turun sejak pagi tadi.

Ketua Pemuda Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said berkata jentera di setiap kawasan diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk menghulurkan bantuan sekiranya keadaaan memerlukan.

Menurut beliau, sehingga tengah hari tadi, hanya kawasan Permatang Rawa dan sekitarnya telah dinaiki air manakala kawasan-kawasan lain masih belum dinaiki air dan keadaan terkawal.

"Jentera kita sudah berada di Permatang Rawa untuk melihat perkembangan terkini. Sungguhpun jentera kita sibuk berkempen di segenap penjuru Permatang Pauh, tanggungjawab terhadap mereka yang terlibat dengan mangsa banjir tetap tidak dilupakan, malah kita utamakan mereka terlebih dahulu.

"Kita berharap mangsa banjir yang terlibat bersabar kerana inilah harga yang terpaksa ditanggung kerana Ahli Parlimen sebelum ini, Datuk Seri Wan Azizah hanya memberi tumpuan memperjuangkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding keadaan infrastruktur di Permatang Pauh", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Hari ini merupakan hari ketiga tempoh berkempen yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Dalam perkembangan lain, Zaidi berkata gerakan menaikkan bendera dan poster BN akan terus dipergiatkan sungguhpun berdepan dengan tingkah laku jentera PKR yang melampau.

"Jentera kita di semua peringkat cawangan dan peti undi sedang mengatur kedudukan strategik menaikkan bendera dan poster. Kita akan banjirkan Permatang Pauh dengan panji-panji kita", ujarnya.

Petikan :
http://www.pemudaumno.org.my
       Pemuda BN Harapan Kemenangan Barisan Nasional

Permatang Pauh 18hb Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan ke Bilik gerakan Pemuda BN yang bertempat di Jalan Kubang Semang, Permatang Pauh semalam.

Di dalam ucapan beliau, beliau mengatakan bahawa pihak pembangkang telah menuduh satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim, padahal itu merupakan satu pembohongan.

Datuk Seri Najib juga telah memberikan kata-kata semangat kepada jentera Pemuda UMNO agar bekerja lebih kuat. Pemuda UMNO adalah harapan kemenangan Barisan Nasional, kata beliau.

Perjumpaan malam itu telah dihadiri oleh kira-kira 700 orang Pemuda UMNO dan semuanya nampak begitu semangat dan berjuang di pilihinraya ini.

– Media Web pp44
       PELIHARA ADAB KITA : Mohd Zaidi Said

Permatang Pauh 18 Ogos - “Saya mengharapkan agar Pemuda UMNO dan BN sentiasa bertimbang rasa, tidak mengamalkan sebarang tektik keganasan dan sentiasa menjaga amalan budaya Islam dan timur”. kata Saudara Zaidi Mohd Said, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Permatang Pauh.

Itulah nasihat Zaidi Mohd Said apabila kami menanyakan beliau mengenai beberapa insiden yang tidak diingini berlaku sejak kebelakangan ini.

Beliau juga berkata bahawa tektik yang digunakan oleh pihak pembangkang merupakan tektik provokasi yang jelas menunjukkan mentaliti kurang sihat ahli-ahli yang terlibat, yang turut menunjukkan mentaliti pemimpin-pemimpin mereka.

Apabila ditanya mengenai jentera Pemuda UMNO Permatang Pauh, beliau mengatakan bahawa semangat dan sokongan yang ditunjukkan oleh pemuda-pemuda di Permatang Pauh adalah lebih kuat dan ramai jika dibandingkan pada pilihanraya yang lepas.

Beliau berkata, sokongan dan semangat ini sangat penting untuk membantu calon BN menghadapi pilhanraya ini.

Saudara Zaidi juga mengharapkan agar seluruh jentera pilihanraya UMNO bekerja dengan lebih kuat lagi dan tidak sekali-kali terperangkap dengan tektik provokasi pihak pembangkang.

– Media Web pp44.
       George W Bush Tolong Anwar di Permatang Pauh?

Gambar sebuah pajero yang memaparkan gambar pemimpin pemimpin seluruh dunia termasuklah gambar George W Bush (Presiden Amerika Syarikat) dan Al Gore (bekas Naib Presiden Amerika Syarikat). Mengapa perlu ada gambar Bush dan Al Gore di kenderaan yang menyokong Anwar ini?

Petikan :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com

       CORAT-CORET PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH























       Koleksi Gambar Hari Pencalonan Pilihanraya P.44



















        TERKINI : JURUGAMBAR & WARTAWAN ASING DIPUKUL
PERMATANG PAUH 16 Ogos - Jurugambar & Wartawan Asing telah dipukul oleh sekumpulan pemuda PKR & PAS selepas penamaan calon tadi dibawah jejantas berdekatan dengan kawasan penamaan calon.

Nampaknya Anwar Ibrahim seperti telah menghalalkan Jentera Pilihanrayanya untuk bertindak ganas untuk memastikan beliau menang dalam pilihanraya ini.

Tindakan ini juga seperti mahu menimbulkan rasa takut penduduk Permatang Pauh yang sejak kebelakangan ini sudah mulai sedar dan berubah arah untuk menyokong BARISAN NASIONAL (BN).Kami berharap agar penduduk Permatang Pauh bertenang dan melaporkan sebarang kejadian yang tidak di ingini kepada pihak polis
        PERCANGGAHAN PENDAPAT
Kami pun keliru seperti pembaca sekalian. Isu mubahalah yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pun ada percanggahan.Jika diberi pilihan, kami bersetuju dengan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

        Tak Faham Tapi Kagum & Bangga
Video ini merupakan liputan pertama kami bersama Datuk Ariff Shah, calon BN untuk Parlimen Permatang Pauh.

Kami tidak faham satu pun apa yang beliau katakan tetapi yang pastinya, kami kagum dengan kemahiran Ariff Shah untuk bercakap bahasa Kantonis dan Mandarin.



Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelebihan yang dipunyai oleh Ariff Shah ini merupakan plus point untuk beliau sebagai pemimpin tempatan jika dibandingkan dengan lawan beliau. Realitinya, beliau telah dapat menembusi jurang perbezaan bahasa di antara kaum-kaum di Pulau Pinang.

Malah, keberkesanan gerak kerja beliau di DUN Seberang Jaya tidak dapat dinafikan lagi oleh mana-mana pihak, tidak kira BN atau pembangkang.

Dan yang membanggakan juga ialah beliau membantu rakyat tidak mengira pegangan politik mereka, satu lagi plus point untuk beliau.

Feedback awal yang kami terima ialah Ariff Shah amat 'dekat' dengan hati rakyat serta terbukti telah membantu membawa pembangunan dan kesejahteraan di Seberang Jaya.

Dan semestinya, pilihanraya kali ini adalah platform terbaik untuk seluruh penduduk Permatang Pauh berubah arah serta memilih pemimpin yang telah terbukti mampu bekerja untuk mereka.

Yang menariknya ialah blog penulis sudah mulai menerima banyak komen daripada 'pihak lawan'. Yang tidak menariknya ialah walau pun komen-komen tersebut panjang berjela, ia sebenarnya gagal menidakkan Ariff Shah sebagai calon terbaik untuk penduduk Permatang Pauh.

Dan kalah menang adalah adat pertandingan dan kita akan akur dengan keputusan rakyat Permatang Pauh.

Nampaknya, pilihanraya Permatang Pauh akan bertambah rancak lagi selepas ini.


        ANWAR BERMIMPI
DUNGUN 15 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat hanya berangan-angan dan 'bermimpi di siang hari' apabila mendakwa akan membentuk kerajaan baru pada 16 September ini.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, berdasarkan sejarah, segala kenyataan Anwar sebelum ini sebenarnya tidak boleh dipercayai kerana ia sering berubah-ubah.

Katanya, pemimpin PKR itu sememangnya bijak memainkan isu dan sentimen rakyat yang kadangkala boleh mempengaruhi pemikiran orang ramai.

''Dalam keadaan kecelaruan dan ketidaktentuan itulah Anwar memainkan jarumnya dalam meracuni pemikiran rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Usahasama antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan stesen televisyen swasta, TV9 bagi menjayakan program Apa Khabar Orang Kampung di Kampung Jerangau di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad menegaskan tidak ada orang seperti Anwar yang bercita-cita mahu menubuhkan sebuah kerajaan tetapi mempunyai kerusi yang tidak mencukupi bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Katanya, Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush pernah mengalahkan pencabarnya, Al-Gore dengan jumlah kerusi yang kecil tetapi keputusan yang dibuat oleh rakyat di negara tersebut tetap dihormati.

'' Itu keputusan di AS, tetapi tidak pula Al-Gore mendakwa satu negeri datang menyokong dirinya untuk menjadi Presiden,'' ujarnya.

Anwar katanya, perlu belajar proses demokrasi di AS itu dan membiarkan mereka yang menang pilihan raya memerintah negara.

Tambahnya, pemimpin PKR itu juga perlu menunggu pilihan raya umum akan datang untuk mendapatkan mandat daripada rakyat sekiranya mahu memerintah negara.

''Jika menang, baru boleh isytiharkan kita menjadi Perdana Menteri, sebab itu saya kata Anwar memang bermimpi di siang hari,'' katanya.

Petikan : Utusan Malaysia Online
        Politik 'Persepsi' Anwar Ibrahim : Terdesak
Tiada yang lebih baik selain daripada kita mendapat sesuatu makumat direct daripada sumbernya. Itulah kenyataannya apabila penulis berada di bilik gerakan Penerangan Peringkat Negeri Pulau Pinang di Permatang Pauh sejak beberapa hari ini.

Pertama, 16hb September 2008 merupakan satu mitos yang dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim sebagai gimik untuk menunjukkan bahawa beliau mempunyai sokongan yang amat padu.

Kedua, taktik mendakwa polis negara dan peguam negara tatkala seorang pemuda biasa yang berumur 23 tahun mendakwa beliau merupakan satu cover up untuk menunjukkan Anwar Ibrahim sedang ber'perang' dengan orang-orang penting di dalam Malaysia, padahal yang mengoncangkan beliau hanyalah seorang pemuda biasa nerumur 23 tahun.

Ini adalah senario sebenar apabila kita meneliti kembali kronologi drama politik Anwar Ibrahim. Memang kita boleh berhujah dan memberikan pandangan yang berbeza-beza mengenainya tapi pokok penting yang perlu kita tahu ialah Anwar Ibrahim sedang tertekan dan berada di tahap karier beliau yang sangat rendah.

Ketiga, jika pada mulanya, PKR yang dibina oleh Anwar Ibrahim adalah berteraskan kepada Melayu, tetapi ianya beransur-ansur lenyap dek kemaruk untuk mendapat undi daripada bukan Melayu. Inilah kenyataannya.

Keempat, beberapa kenyataan Anwar Ibrahim terhadap isu-isu yang menyentuh hak bangsa Melayu dan Islam, amat mengecewakan sekali. Jawapan-jawapan beliau nampak sekali tidak tegas, 'play save' dan tidak mencerminkan seorang pemimpin yang akan berdiri teguh terhadap bangsa dan agamanya.

Dan campur tangan yang luar biasa daripada anggota-anggota kerajaan Amerika Syarikat juga menimbulkan pelbagai persoalan yang lebih tidak enak daripada enaknya.

Kelima, kita pun tahu, pergolakan yang timbul dek ke'sekular'an politik Anwar Ibrahim turut mengecewakan parti rakan beliau di dalam PKR.

IPOH 14 Ogos - Perwakilan Dewan Pemuda Pas mahu pemimpin dan ahli parti itu berhenti mengagung-agungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mengenepi dan menafikan kebolehan serta keupayaan kepimpinan mereka sendiri.Ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda, beberapa perwakilan mahukan supaya pemimpin utama Pas lebih ditonjolkan dan diberi peranan dalam pakatan pembangkang termasuk menjadi Perdana Menteri jika impian membentuk kerajaan pada 16 September ini menjadi kenyataan.

Penulis cuba memahami kekecewaan yang ditimbulkan oleh parti PAS tetapi tidak semua akan menerima kenyataan di atas sebagai valid terutamanya jika kita berpihak kepada parti PAS atau pun Keadilan atau pun BN.

KOMPLEKS

Realitinya, politik adalah satu subjek yang sangat kompleks dan menuntut kita untuk menilai dan berfikir. Jika kita benar-benar melakukan kedua-duanya itu, politik akan tampak lebih jelas dan kita akan lebih faham.

Buat ketika ini, pilihanraya Permatang Pauh merupakan satu topik yang menarik untuk kita bersama-sama menilai, menelaah, berhujah, memberikan pandangan dan berkongsi idea.

Penulis amat mengalu-alukan semua itu tetapi biarlah in civilised manner.

Kita perlu ingat bahawa politik ibarat sebuah kenderaan dan kita adalah pemilik serta pemandunya. Kitalah yang menentukan mood serta arahnya dan bukan sebaliknya.
        Pemuda BN Bersedia Di Permatang Pauh
Petang tadi berlangsung perasmian jentera Pemuda BN Malaysia bertempat di Jalan Kubang Semang, Permatang Pasir, parlimen Permatang Pauh.

Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, selaku Pengerusi Pemuda BN Malaysia.

Beberapa pemimpin Pemuda tertinggi daripada parti Barisan Nasional telah hadir. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan menafikan anggapan awal sesetengah orang bahawa BN tidak berapa 'panas' atau pun kuat di Permatang Pauh.

Penyertaan yang ramai daripada Pemuda Bahagian Permatang Pauh itu sendiri amat memberangsangkan dan semua telah menyatakan kesediaan mereka untuk ber'gempur' habis-habisan di Permatang Pauh.

Salah satu amanat penting yang Datuk Seri Hishammuddin berikan ialah agar seluruh jentera Pemuda Barisan Nasional menjalankan tugas dengan penuh hemah, tertib dan tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang mungkin akan mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini.

Penulis amat bersetuju.

Dan jika semangat ini terus membara disepanjang minggu pilihanraya ini, tiada yang mustahil.